ads1

06 December 2009

Sebelum dan Sesudah..

6 Disember 2009..

Hari ni la bujang aku 2 orang tu nak sunat. Bangun pagi2 kitorang bawak dulu dorang g mandi kolam kat Presint 9, Putrajaya ni. seawal jam 8.00 pagi dah tertonggok kat kolam tu. Pagi2 ni tak la ramai sangat lagi budak mandi. slalu2 tu kitorang datang petang. kolam yang ni utk budak2 je ek. mak pak dok tepi je. nak mandi gak boleh. tapi nuuuu di atas sana..bukan main suka budak ni mandi. mmg ni la feveret dorang.



Lepas pada mandi,kitorang terus g klinik. nak g settlekan misi kononnya. tapi kene halau balik dulu sebab budak klinik tu kata, ramai lagi, kene tunggu turn. Darah aku start nak naik dah. hari tu lagi aku dah tanya, tak bagi appointment ke? haaa..alih2 dah jadi cenggini. takpe la..sabarrr..petang dalam kul 1.45pm tu kami datang balik..



Apis masuk dulu, pastu baru Amir. Cuak la muka masing2. Aku menyaksikan la sendiri dua2 budak ni sunat. Ngeri gak la, tapi aku bayangkan bersalin lagi la sakit. huhu..setakat sunat macam ni je, petik jari lah koranggg. heheh



Then amir yang dah siap disunatkan..cool n steady lagi time ni..Ni la Doktor n Pembantu Klinik yang sunatkan budak 2 orang tu..terima kasih la Doktor sebab jadikan anak saya ni teruna. Doktor tu kata, 'DAH BOLEH KAWEN'...sengih je si apis dengar camtu..



Yang ni dah smpai rumah. Si apis time nak balik tu dia dah meraung sket la. mgkin ubat bius dia dah abis. Yang si amir, sampai rumah baru dia terasa. kesiannnnn..
Amir asik cakap sakit je. nangis2. apis dah ok. petang sket apis dah boleh jalan tengok cd upin & ipin. Amir, masih setia di atas tilamnyer..





Esok tak tau la camne lagi..harap2 makin ok hendaknye..
fuhhhhh..penat fizikal n mental. malam ni harap budak2 ni tido dgn tenang..
Tenang???? boleh kewwwww :(

1 comment:

  1. Kontrol macho dr.yusman tu. hehehe.. tak lalu nak nengoknye..

    ReplyDelete