ads1

18 March 2011

Kelas Word 2007

baru aku tau bleh wat blog dari word ni rupanya…ish ish ish…sangat la ruginya kerna aku lambat tau.

Kalo aku tau awal dulu, sambil2 wat keje aku leh nipu naip kat sini. Huhuhuh…

Skang ni tengah belajo wat blog dari word la ni. Disebabkan aku dah ada akaun, aku terus je la taip.

Hehehehehh…sambil menyelam, mandi terus!


 

Aku tak tau la jadi ke tak bila publish jap lagi ni kang.

Try n error..

16 February 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H


Bila Saffa tiba2 je nasyid 'Rasulullah dalam mengenangmu, Kami susuri lembaran sirahmu'....
teringat time sekolah dulu..dulu sekolah asrama, bila tiba tarikh ni, sambutan mesti ada. nasyid ni memang sangat femes. tak sangka, anak pulak menyambung nasyid ni..


Sekarang ni pun, KAFA dia ada buat sambutan. Sejak pada dia tadika lagi, dari Amir, Apis dan skang sampai time Saffa ni peringkat KAFA pun, sekolah buat sambutan Maulidur Rasul. Pendedahan dari awal tu kan bagus..

Tahniah untuk KAFA dorang bertiga : Cendekiawan Educare....

09 February 2011

Kitorang Sangat Happy



hyeeee...

Sekembalinya pada cuti pjg hari tu, carik2 masa sesuai nak update dlm ni. seboleh2nya nak cepat citer tapi tak sempat gak.

pic kat atas tu citer psl cuti hari baru2 ni. baru belajar2 edit gambar. tk bape nak cantik lagi aku buat. tapi ok la dari takde..

suka dpt jalan. memang dah lama giler tak g meronggeng ngan anak2. seingat aku g melaka tahun lepas time anniversary kitorang, tu yang terakhir disebabkan faktor2 yang tak dapat dielakkan..

takde apa nak share, melainkan kitorang sangat happy!!!


korang tak nak ke share citer cuti2 korang kat sini?


Posted by Picasa

29 January 2011

Balik Kampung Versi Cuti Hari Wilayah Dan CNY

hoyeahhhh...

aku jaga pd tido awal hari ni. kul 5.30pagi. mmg awal la kalo bangun time ni di hari cuti. pasal pe?? yes2!! kitorang nak balik kampung oke!

Semangat balik kampung kali ni lain sangat rasa sebab hampir 2 bln tak balik. Biasanya bawak family balik kampung tiap2 bulan. Sejak mak ayah aku balik Mekah hr tu, kali ni baru ada peluang nak balik.


Dari hari khamis malam lagi aku dah packing beg. Cuti kali ni panjang sket. Balik kmpung n sambung coti2 mesia ke Langkawi. Tak penah lagi smpai Langkawi dgn family. Terlebih excited la jadinya. Aku penah jejak sekali, tapi tak ingat tahun bila. Yg aku ingat rombongan Puspanita Kem. Pengangkutan.

Bajet balik hari sabtu pagi. sebelum ni jarang kitorang balik siang2. mesti balik jumaat malam sebab cuti hujung minggu je. tapi memandangkan
cuti panjang n skang ni banyak komitmen perlu disetelkan sblm balik, so, aku pilih hari sabtu baru gerak (Kalau la aku ada Bibik.......)

time skang adalah 6.40 pagi. banyak lagi benda aku nak setel. aku sambung citer lagi balik pada bercuti nanti okeh!

C U bebeh..............

27 January 2011

So Suweeett



Hatuihhh...sangat hensem okeh zaquan neh..sweeett je. Kenan kat muka baby boleh tak?
kalau baby boy la. kalau baby girl, kenan la muka bini dia pulak. muka je okeh! Yang lain2 tu tak yah la nak kenan. Yang baik2 je. heheheh.....

20 January 2011

Kengkadang Je Rajin..

Yuhuuu...Live dari rumah hari ni..ahahaha..
habis ko bajet aku live dr mana? biasa live dari ofis je la. selagi boleh bukak blog kat ofis, belasahhhh..

Time aku ngah tulis2 ni, aku kepanasan! Panas berpeluh2! Iye....aku tau la org pregnant mmg slalu panas berpeluh, tapi hari ni panas lain. Nanti aku citer ehh..

Seawal kul 11.15am (awal ke?) aku bawak ana
k2 gi mandi kolam. Dah lama ajak mak ayah dorang ni g mandi kolam kat presint 9 tu, tapi tak la bawak2. Hari ni ada kesempatan, so, layankan aje lah. Mak dorang ni pun ngelejat nak mandi, tapi nak masuk kolam area putrajaya ni nak kena pakai swimming suit. Ada ke org jual swimming suit utk org pregnant?? aku nak kalo ade..hehehe

Habis mandi kolam, ambik lunch kat food court UPM Serdang sana. Kenape lunch sampai kat sana? Yg menariknye, nasik campur kat sana banyak pilihan (tak snap gambar pulak). Lepas mandi mmg la syok makan. time tu lapar kan...hurmmm


Habis lunch ko ingat mak buyung ni kenyang ke? tak lagiiiiikkk.. jumpa lak nangka tepi jalan, beli pulak. hohoho.....Tak abis lagi nangka, jumpa lak durian..ahahahahhah...

Smpai rumah terus makan. Baru je melantak nangka tadi. Takut gak ada effect kat baby dlm perut.
tp baby aku lasak ohhh..ok aje, alhamdulillah...


Pastu kitorang rehat2 je la kat rumah sampai ke petang. Dan petang tu, saki baki rajin masih ada..rajin??? rajin ke? rajin nak makan la..Ni la jadinya..ngeh ngeh..aku ngan laki aku je makan. Anak2 dengan durian, sori! Saffa je yg makan. lagi 2 orang, takmo!

Okeh! jom makan!
aku panas lagi ni wehhh!! panas makan durian banyak sangat!

Malam ni nak makan ape ekkk???



p/s : sebenarnya malam tadi lagi aku ajak laki aku carik durian. kul 9.30 malam...dia kata, ' selera makin lama makin besor nampak? tak nyempat2 tunggu siang ke aper?' so, aku jawab la (jawab tu wajib)...'okeh, ni tengah sabar la ni..' (grrrrrrr)...



19 January 2011

Cuti 4 Hari

Esok cuti Thaipusam kan...

Aku sambung cuti hari Jumaat. Ada sebab tau aku cuti, bukan suka2 jek. Ada banyak urusan beb. Daripada aku kejap2 kuar, bape jam je ada kat ofis, baik aku ambik cuti.

Tapi ada jugak yg jeles bila aku n hubby cuti sama. Tu, budak pompuan kecik kat umah tu. Bila dia tau yang kitorang sama2 cuti dia akan cakap camni :

"Oh, sonok la eh mak ngan ayah cuti. Makan2, jalan2 alamanda, rehat2. Kitorang kena g sekolah"...

Tapi kitorang tak jawab apa2. Selalunya senyapkan aje. Cuma cakap kat dia, dia dah takleh cuti suka2 hati skang, sebab dah sekolah. Kalau dulu, tadika boleh la ponteng2 kannn..

Kepada yang meraikan, selamat untuk korang...Untuk aku, bestnya cutiiiiiiiii.....yahooo..

C U..



18 January 2011

Solat Kita

Aku ambik artikel ni sebagai peringatan untuk diri aku khususnya....

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya


Kisahnya.....
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di setiap
lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.

Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya
MasyaAllah...

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar
amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat
hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan
dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian
bertimpa-timpa.

Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu
takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.


Masih dalam pembikinan

Salam semua....

Mood rajin berblog skang ni.
Aku mulakan dengan mencorak-carikkan blog aku ni dulu ye sebab rasa sangat tak bersemangat tengok blog aku yang kosong. Bukan kosong pasal takde citer, tapi background pun putih je. tak best..

Lepas2 ni mungkin akan ada citer yg aku kongsikan kat sini.

~SELAMAT BERTEMU KEMBALI~

14 January 2011

Aku, Dia Dan Mereka....


Nak wat pengakuan jujur kat sini yang sebenarnya aku adalah seorang yang mudah marah. Slalunya, mangsa kemarahan adalah orang yg paling hampir dengan aku. Kalau tak husband, semestinya anak2. Lebih2 lagi dalam keadaan aku skang ni. Kesian kat dorang sume.

Punca utama kemarahan yg aku dapat kenalpasti bila aku penat. Dari kerja2 di ofis, balik rumah sambung lagi macam2 benda nak buat, sampai la malam kul 11 paling awal, baru dapat baring. Nikmatnya masa tu, jangan citer la. Tuhan je yang tahu. Belum lagi gangguan2 sepanjang waktu tido nak sampai ke pagi tu. Lagi pulak telinga aku ni jenis sensitif. Pantang dengar bunyi sikit aku dah mudah jaga. Pukul 5.45 pagi bangun pulak utk siapkan anak2 g sekolah dan sememangnya rutin harian mmg begitu. Dan aku percaya, ibu2 lain pun macam tu jugak...
dan.....akhirnya rumah aku pada hujung minggu boleh la digambarkan seperti di bawah...

Bila rumah dah jadi macam ni, dah tentu la kena kemas. Kemas punya kemas punya kemas, aku penat lagi. Mesti nakmarah lagi. Nak maaaaaarah je kan. Lelama aku stress....

Kat sini aku nak share jugak, rutin harian aku setiap hari sebagai seorang ibu yg ada 3 orang anak.



5.45am: Bangun, terus ke dapur : masak air, buat air, sarapan seringkas mungkin utk anak2, tapaukan jika perlu;

7.15am:
Keluar rumah ke ofis, jem yg menyesakkan;

8.00am-5.00pm : Ofis time;

1.00 tghari : Ambik anak sekolah pagi hantar ke KAFA. Keperluan dah siap dalam beg masing2. Makan, mandi sume kat KAFA;

5.00pm : Masa dah time! Balik dari ofis, jem lagi. Ambik anak2 dgn masing2 beg 2 bijik sorang. Make sure barang sume ada dalam beg. Jgn tinggal 1 pun. Beg pagi, kasut sekolah, botol air, baju sekolah pagi, seluar pagi, tie, spender, kain sekolah, tudung, skaf, tudung. Okeh, semua dah ada, baru jalan. Let's go! Opssssss, mak, benti2!! ada barang tinggal pulak. Patah balik KAFA jap. Owhhhh...anak..

5.30pm : dapur, masak apa yang patut. Kalau aku rajin hari tu, aku masak. Kalau tak rajin, mmg aku terbaring depan tv. Sebut masak, mmg nampak simple, tapi dari mula masak sampai ke siap masak, mesti 1 jam. tu estimate la..
Anak2, sebelum dorang main, aku dah kerah kuarkan baju2 kotor dari beg, mana yang gantung, gantungkan. Mana yang terus kena buang dalam bakul, buang...Ada hari, dorang rajin tanpa disuruh. Tapi selalunya, mmg aku kena ingatkan. Bayangkan, hari2 kena cakap benda yang sama. Ko tak jemu ke??? Tapi dah itu tanggungjawab..
Lepas pada tu, aku lepaskan dorang main kat dalam rumah, luar rumah, main beskal kat bawah. Cukup time, kul 7.oopm mesti balik. Tak balik, memang aku jadi tarzan...

Maghrib time............................

8.00pm: Makan, lepas makan ayah n anak2 tengok buku sekolah. Aku, cuba korang teka aku kat mana?
ye!! Masuk kain dalam mesin, dah siap terus sidai. Sementara tu, aku lipat2 baju sekolah KAFA dorang dalam beg. Make sure jangan ada 1 barang yang tinggal. Aku jugak yang tak senang duduk nanti bila barang tak cukup pakai kat KAFA . Lepas beg petang siap, beg pagi lak aku check. Pensil, pemadam, pembaris, gunting, gam dll segala alatan belajar sume ada. Belum campur yang dorang tiba2 je order.
'Mak, cikgu mintak bawak benda ni, benda tu, untuk tu, untuk ni'. Pada aku, dorang bgtau malam ok lagi pada bgtau belah pagi time kengkabut nak g sekolah tu.

Okeh, kerja sekolah anak dah siap. Anak, g susun buku utk esok skrg jugak, keluarkan 1 set baju sekolah siap ngan benda2 kecik tu la (baju dah siap tergantung, ayah yang iron. Dorang tinggal cari je baju masing2). sume dah cantik tersusun, baru puas rasa hati.

9.00pm: anak2 tengok tv, ayah pulak basuh pinggan..
9.30-9.45pm: kerah anak2 masuk bilik air, buat apa yang patut sebelum tido. Uiiii...part yg ni liat sangat...tarzan lagi....

Lepas solat isyak, baru sume anak masuk tido...mak tak tido lagi ni....

hmmm....ada lagi tak ek yang belum buat?

uhhhh...fizikal n mental penat.

ni la rutin aku hari2 dari pagi sampai malam.

Tapi......................
walau penat, aku puas hati. Masa dorang ada depan mata ni la aku nak buat semua untuk dorang, ajar dorang. Nanti bila dorang sume dah besar2, dah sekolah menengah, masuk U (aminnnn...), dah jauh pada mak ayah. Kalau boleh, taknak sesaat pun rugi masa dgn dorang skang ni..

Kepada En Ayah anak2;

terima kasih banyak2 sebab slalu tolong kerja2 kat rumah. Esp iron baju sekolah anak2 untuk seminggu. bertimbun! Kalau nak dikira helai, ayah kena iron baju hujung minggu sebanyak 42 helai. belum campur ngan baju keje dia sendiri untuk seminggu. Total sume ayah iron baju sebanyak 50++ baju seminggu. kalau boleh aku pun nak bagi baju2 aku dia iron sekali. Heehehehhe...
Selain tu, basuh pinggan, lipat kain baju, basuh ikan, ayam, daging, sotong, udang dll lah. Ni sume keje rumah yang dia bantu.
Terima kasih Ayah!


Last sekali, adakah aku betul2 bersedia untuk kemunculan amir/ apis/ saffa junior?????
uwaaaaaaaaa.....