ads1

31 December 2009

Hafizeen - Darjah 1 Ficus

Ficus? Ada sape2 boleh bgtau aku apa makna FICUS ni?



Aku ngan husband cuti hari ni sebab hntr budak ni g daftar darjah 1. Muka cuak je memula sampai sekolah. Mcm nak nangis pun ada tapi semangat harus ditiup kat dia..fuh! fuh!



Seawal jam 8.30am pendaftaran dah start dan abis program dalam pukul 1.00pm. Mcm2 program utk tahun 2010 ni selepas ibu bapa diberikan taklimat oleh guru2..yang murid2 lak diberi ujian diagnostik untuk tentukan mana yang boleh kenal huruf/ membaca/ mengira dengan yang tak boleh. last sekali dah lepas ujian tu, tu yang budak ni dapat kelas 1 FICUS. Alhamdulillah, dikategorikan sebagai murid yang boleh mengenal, membaca dan mengira.



Dia dah jumpa kawan dia yang sama sekolah kat tadika. dapat 1 kelas lak tu..




Kat belakang tu la, kelas 1 FICUS..
Hafizeen @ Apis..Ma doakan agar Apis berjaya di dunia dan di akhirat...

Selamat Tahun Baru 2010..

Tika ini jam menunjukkan jam 11.23 pm. lebih kurang sengah jam lagi ke pukul 12 tgh malam utk hari terakhir tahun 2009.

Selamat datang 2010 dan selamat tinggal 2009. Moga aku akan terus maju dalam apa jua bidang, sentiasa di bawah naungan, lindungan dan peliharaan Tuhan. Dan..yang paling penting kebahagian rumahtangga yang berkekalan..

Aminnnn...

29 December 2009

Kasut Oh Kasut

Aku tak paham la sejak kebelakangan ni. Sama ada kaki aku yang makin kecik ataupun aku yang salah pilih saiz kasut. Tapi takkan la



ni, kasut yang aku beli mula2. besar tu. saiz kaki aku ni saiz 5. comel kannn. kadang2 saiz 4. tapi kalo saiz 4 takleh pakai la. ehehe..



yang ni pulak, kasut yang baru aku rembat baru2 ni. baru la betul saiz 5 nyer..masa aku nak beli hari tu, cantik. bila dah pakai, tak cantik la pulak. hehe..sendiri beli, sendiri komen..

28 December 2009

Baju Baru..



Balik Teluk Intan hari tu, ambik kesempatan g shoping baju sekolah. Bukan tak boleh nak beli kat area rumah ni, tapi masa yang ada harus dimanfaatkan. lagipun, kang lambat2 banyak yang dah tade stok.

'talipinggang dah habis stok la kak, seluar ye kak, saiz ni je yang tinggal, singlet ada tapi belum buka lagi sbb stok baru smpai. ha? spender? akak g tengok kedai depan tu la kak, sini tak jual spender budak! :D

hehe..kali ni punya baju bukan baju utk sukaria, tapi baju utk ke sekolah. apa orang slalu kata, BACK TO SCHOOL. haaa..gitu la bunyinye. jadinya, baju mestilah baru ye. si kecik depan ni baru nak drj 1. bersemangat la kwn sbb baru 1st time dapat merasa pakai uniform sek. yang blkg pada si depan tu, nak drj 4 sudah..hmmm..cepatnye masa berlalu.

dah macam beratur nak naik bas la pulak aku tengok gambar ni. ekekek

19 December 2009

Sate Wak Teni...






Sori la uolss..makan dah habis seround baru la teringat nak snap gambo. makan 1st round tadi dah kene hangkut. tak muat meja. ni bukan makan ye. ni nama dia melantak. hahaha..giler best sate Wak Teni ni. tempat dia kat Teluk Intan ye. sebelah je ngan Menara Jam Condong, Teluk Intan. Masa aku datang ni jam kul 10, nsb baik la kedai bukak lagi. kebetulan malam minggu gaknye, kedai tutup lambat.



ni la Menara Jam Condong Teluk Intan versi malam. dah ada kaler2 dah..kejap kaler hijau, kejap kaler merah. dulu takde lagi..

malam minggu kat sini ada pasar mlm. dulu style pasar malam je. skang ni aku tengok dah buat macam downtown lak. maju3..aku suka. aku sesekali balik ni suka la. heheh..jakun!

aku nak tengok bila balik kampung lagi bulan depan, apa lagi pembaharuan yang dorang buat..

17 December 2009

Cuti 3 Hari..

Start minggu ni dan 2 minggu akan datang berturut2, kita dapat cuti 3 hari berturut2 dan pastinya semua agenda dah disenaraikan. minggu ni ma'al hijrah, next krismas dan tahun baru..

jatuh minggu ni, aku nak balik kampung! sebulan sengah aku tak balik kampung dah. dah rasa macam lama sangat sebab aku mmg jenis suka balik kampung. di situ ada kedamaian, di situ ada ketenangan. Walau baru je mak ayah aku datang rumah aku minggu lepas, aku kan tetap balik kampung.

Husband?
dia memang takde kampung sebab asal dia mmg KL. menumpang kampung aku je la ye. ekekek..

Anak2?
tak dinafikan dorang memang ikut jejak langkah aku. Asal genap je sebulan tak balik, ada la yang bersuara tu kang..MA, BILA KITA NAK BALIK KG? huhuhu..tersangattttt la bangganya aku..eh! tapi sori ek, aku tak ajar pun ayat tu..

k korang, Selamat Menyambut Ma'al Hijrah dan berbahagia bersama keluarga di hujung minggu.

ADIOSS

15 December 2009

Parkir..



Ni nak citer pasal parkir kat area rumah aku ni. Geram lak aku. Dorang ni kot nak pacak pun, bagi la dulu ruang parkir semewah2nya. Masalahnye, ko nak pacak, pacak la banyak mana pun sign. tapi cuba la ko pikir, sebelum pacak sediakan la tempat parkir yang secukupnya. ni aku ada sebijik je keta tau. ada orang lain tu, 1 rumah, 3 bijik keta pun ader. haaa..tauu?? mana nak parkir kalo tak parkir kat tempat ko pacak tiang neh?

13 December 2009

Family Gathering..

Fuhhh..best giler hujung minggu ni. Family dari pelusuk negeri datang. dari kampung Perak, dari Johor, dari Seremban, Lembah Klang semua datang. Bukan senang nak b'kumpul ramai2 nih. Time Hari Raya pun belum tentu dapat jumpa semua.





Dorang datang sebab ada Majlis Pertunangan anak buah aku 12 Disember hari tu. Kira anak kepada abang aku yang sulung. Aku tumpang sekaki wat kenduri anak aku yang sunat tu. Senang cerita. Kenduri tu dgrnya wat 4 dalam 1. Majlis Tunang, Kenduri Doa Selamat, Kenduri Arwah dan Berkhatan. Meriahhh..dah macam kenduri kawen gayanye..





Lepas pada kenduri tu, dorang datang rumah aku sebab ada Ayahanda kat rumah aku. Ayahanda aku ni tak bape nak sihat. tak boleh jalan jauh sangat. cepat penat. So, dia dah pesan awal2, sapa nak jumpa dia, sila datang ke rumah aku. huhuhu..powerrr..





Biasanya family aku kalo datang ni kejap2 je. so, petang tu sebahagiannya balik. ada gak yang still stay kat area putrajaya. apalagi, malam tu kitorang meronggeng. Korang tengok je la malam minggu kat Dataran Putra ni. Punya ramainya pengunjung, nak carik parking pun susah. Tapi, nak lepak punya pasal, misi harus diteruskann. Dan akhirnya, kami berjaya gak melepakkan diri kat sini..

Apapun, aku sangat sukeeeeee...Ni seronok pun tak abis lagi ni..:)

ADIOSS

10 December 2009

Ikan Haruan Bakar..

Kelmarin aku g pasar borong selangor. nun di puchong sana. puas hati sket kalo beli barang basah kat sana. aku suka. Tujuan g pasar borong ni adalah semata2 nak cari ikan haruan, di samping bekalan lain lah ye..

Korang tau kan pasal citer dua orang anak aku sunat tu. tak baik lagi skang ni. luka dia banyak sket la wey. Aritu sebab doktor kata dua2 orang buta 'anu' nye. bila buta, luka jadik banyak sket. jadinya harus la aku bagi makan ikan haruan.

Aku wat bakar/ panggang je. tak buat kuah pun, sebab nenek dorang kata, tak elok makan yang berair sangat. macam pmpuan berpantang jugak la kot ye bunyi nye.

Ma doakan anak2 ma cepat sembuh k..

09 December 2009

Belog Oh Belog

Kenape lah blog aku ni asik wat hal je. jangan la ngengade sangat. setting punya setting tak jugak betol2. nyampah betol. kang skali aku loyong ko kanggggg...

08 December 2009

Error Lagi..

haram J betol laahhhh..aku edit blog ni, pastu dah terdelete mana yang tak patut di delete. jawabnye....korang lah tolong jawabkan. marah betol aku! Lantok le kamu. Aku rajin sok, aku betulkan.

06 December 2009

Sebelum dan Sesudah..

6 Disember 2009..

Hari ni la bujang aku 2 orang tu nak sunat. Bangun pagi2 kitorang bawak dulu dorang g mandi kolam kat Presint 9, Putrajaya ni. seawal jam 8.00 pagi dah tertonggok kat kolam tu. Pagi2 ni tak la ramai sangat lagi budak mandi. slalu2 tu kitorang datang petang. kolam yang ni utk budak2 je ek. mak pak dok tepi je. nak mandi gak boleh. tapi nuuuu di atas sana..bukan main suka budak ni mandi. mmg ni la feveret dorang.



Lepas pada mandi,kitorang terus g klinik. nak g settlekan misi kononnya. tapi kene halau balik dulu sebab budak klinik tu kata, ramai lagi, kene tunggu turn. Darah aku start nak naik dah. hari tu lagi aku dah tanya, tak bagi appointment ke? haaa..alih2 dah jadi cenggini. takpe la..sabarrr..petang dalam kul 1.45pm tu kami datang balik..



Apis masuk dulu, pastu baru Amir. Cuak la muka masing2. Aku menyaksikan la sendiri dua2 budak ni sunat. Ngeri gak la, tapi aku bayangkan bersalin lagi la sakit. huhu..setakat sunat macam ni je, petik jari lah koranggg. heheh



Then amir yang dah siap disunatkan..cool n steady lagi time ni..Ni la Doktor n Pembantu Klinik yang sunatkan budak 2 orang tu..terima kasih la Doktor sebab jadikan anak saya ni teruna. Doktor tu kata, 'DAH BOLEH KAWEN'...sengih je si apis dengar camtu..



Yang ni dah smpai rumah. Si apis time nak balik tu dia dah meraung sket la. mgkin ubat bius dia dah abis. Yang si amir, sampai rumah baru dia terasa. kesiannnnn..
Amir asik cakap sakit je. nangis2. apis dah ok. petang sket apis dah boleh jalan tengok cd upin & ipin. Amir, masih setia di atas tilamnyer..





Esok tak tau la camne lagi..harap2 makin ok hendaknye..
fuhhhhh..penat fizikal n mental. malam ni harap budak2 ni tido dgn tenang..
Tenang???? boleh kewwwww :(

Main la puas anak2



Esok bujang aku yang dua orang tu nak sunat. jadinya, haruslah aku bawak dorang jenjalan. mana lagi kalo tak ke Alamanda. tpt yang paling dekat ngan rumah. aku bawak la dorang ke tempat ni. asalkan dorang suka, bahagia..

haa ni la bujang aku yang dua orang nk sunat tu. suka bkn main. lama gak kitorang kat sini. biarkan main puas2. esok sunat tak tau laaa..aku tak smpai ati betul nengoknye..



Jumpa lagi lepas dorang sunat..

ADIOSS

04 December 2009

Sakit Gigi

Hari Jumaat raya haji hari tu, macam biasa la, aku raya belah Ampang (belah suami aku). aku mmg gitu la tiap2 tahun. raya aidilfitri kat kampung. raya haji kat ampang. mmg tiap2 tahun kalo raya haji tu dapat la jumpa semua adik beradik suami. makan dah tentu tak ingat dunia punya. makan segala macam mak nenek. last2 sekali gigi aku dah sakit. mana yang tampal hari tu dah terkopak balik. makan daging banyak sangat. adoiiiii sakit makkk.

aku boleh tahan lagi sakit tu smpai ke hari rabu minggu ni tadi baru aku jumpa doktor. doktor tu sangat menakutkan aku. dia citer bla bla bla..kene korek, kene cabut, bla bla bla..dah smpai kat salur darah, kene jumpa pakar gigi..operate..bla bla bla. giler ko. aku yang tengah sakit ni, makin sakit dibuatnya dengor camtu. last2 skali doktor kata, makan antibiotik dulu la, ubat tahan sakit la. pastu dia bagi aku appointment 11/12/09 nanti.

buat la apa pun doktor, janji gigi aku tak sakit. azab tul kalo sakit gigi ni..boleh gegarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


ADIOSS

Yg Sedang Risau

Lama aku tak masuk sini. rindu rasanya nak tulis2. tak sempat la kawan. kat ofis dah tentu2 la takde masa. kat rumah lagi la. ikutkan hati, banyak benda nak citer. tapi bila dah lama2, tak ingat dah nak citer.

tengok tajuk tu mcm suspen ye tak? aku tengah riso skang ni. riso pasal aku nak sunatkan anak aku 2 orang sekali ujung minggu ni. kalau sorang tu tak la risau sangat kot, sebab amir tu dah besar takpe la. dah darjah 3 pun. yang apis tu la yang nak dirisaukan. baru 6 tahun. kesian pun ada. tapi ayah dia yang beriya2 nak sunatkan saing2..tapi aku pikir2 balik, ramai je yang sunatkan anak umur 2 tahun la, 4 tahun la. ok la tu gamaknye ye..

nanti bila smpai harinya aku upload gambar kat sini...

ADIOSS

02 December 2009

Majlis Konvo Anak-anakku

21 Nov 2009 Hari Konvo budak cilik 3 org tu. mmg acara ni tiap2 tahun ada. tadika pun ada konvo koranggg. kalo dulu dgr budak U je yang konvo ye. macam2 la acara dalam majlis tu. meriahh..budak2 dah tentu suka. dapat nyanyi serangkap atas pentas tu pun dah cukup. tiap-tiap budak dalam tadika ni mesti masuk acara rasanya. kalo tak, mau budak tu guling2 nak naik gak pentas. pening cikgu dibuatnya..

3 orang anak aku pun sama. Amir masuk acara Sajak. siap azan dalam tu. gambar aku tak ambik hari tu. yang Apis pulak masuk koir la, nasyid la. ishhh..yang ni mmg ada bakat la. semua dia sapu bersih.ekekek..




ni je gambar paling cantik aku dapat ambik. tak kira la, kabur pun kabur la. aku nak letak gak sini.

yang si safa plak masuk teater hang tuah. ni pun aku tak ambik gambar dia. tak sempat. sebelum smpai hari konvo tu, mau 25 kali dia cakap kat aku hari2:

S : mak, adik jadi pembeli aiskrim. adik beli kat kawan adik.

M : ha ye lah..beli banyak2 sket, nanti boleh bagi mak makan.

ekekekekekek

ADIOSS