ads1

04 December 2009

Sakit Gigi

Hari Jumaat raya haji hari tu, macam biasa la, aku raya belah Ampang (belah suami aku). aku mmg gitu la tiap2 tahun. raya aidilfitri kat kampung. raya haji kat ampang. mmg tiap2 tahun kalo raya haji tu dapat la jumpa semua adik beradik suami. makan dah tentu tak ingat dunia punya. makan segala macam mak nenek. last2 sekali gigi aku dah sakit. mana yang tampal hari tu dah terkopak balik. makan daging banyak sangat. adoiiiii sakit makkk.

aku boleh tahan lagi sakit tu smpai ke hari rabu minggu ni tadi baru aku jumpa doktor. doktor tu sangat menakutkan aku. dia citer bla bla bla..kene korek, kene cabut, bla bla bla..dah smpai kat salur darah, kene jumpa pakar gigi..operate..bla bla bla. giler ko. aku yang tengah sakit ni, makin sakit dibuatnya dengor camtu. last2 skali doktor kata, makan antibiotik dulu la, ubat tahan sakit la. pastu dia bagi aku appointment 11/12/09 nanti.

buat la apa pun doktor, janji gigi aku tak sakit. azab tul kalo sakit gigi ni..boleh gegarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


ADIOSS

No comments:

Post a Comment