ads1

14 January 2011

Aku, Dia Dan Mereka....


Nak wat pengakuan jujur kat sini yang sebenarnya aku adalah seorang yang mudah marah. Slalunya, mangsa kemarahan adalah orang yg paling hampir dengan aku. Kalau tak husband, semestinya anak2. Lebih2 lagi dalam keadaan aku skang ni. Kesian kat dorang sume.

Punca utama kemarahan yg aku dapat kenalpasti bila aku penat. Dari kerja2 di ofis, balik rumah sambung lagi macam2 benda nak buat, sampai la malam kul 11 paling awal, baru dapat baring. Nikmatnya masa tu, jangan citer la. Tuhan je yang tahu. Belum lagi gangguan2 sepanjang waktu tido nak sampai ke pagi tu. Lagi pulak telinga aku ni jenis sensitif. Pantang dengar bunyi sikit aku dah mudah jaga. Pukul 5.45 pagi bangun pulak utk siapkan anak2 g sekolah dan sememangnya rutin harian mmg begitu. Dan aku percaya, ibu2 lain pun macam tu jugak...
dan.....akhirnya rumah aku pada hujung minggu boleh la digambarkan seperti di bawah...

Bila rumah dah jadi macam ni, dah tentu la kena kemas. Kemas punya kemas punya kemas, aku penat lagi. Mesti nakmarah lagi. Nak maaaaaarah je kan. Lelama aku stress....

Kat sini aku nak share jugak, rutin harian aku setiap hari sebagai seorang ibu yg ada 3 orang anak.



5.45am: Bangun, terus ke dapur : masak air, buat air, sarapan seringkas mungkin utk anak2, tapaukan jika perlu;

7.15am:
Keluar rumah ke ofis, jem yg menyesakkan;

8.00am-5.00pm : Ofis time;

1.00 tghari : Ambik anak sekolah pagi hantar ke KAFA. Keperluan dah siap dalam beg masing2. Makan, mandi sume kat KAFA;

5.00pm : Masa dah time! Balik dari ofis, jem lagi. Ambik anak2 dgn masing2 beg 2 bijik sorang. Make sure barang sume ada dalam beg. Jgn tinggal 1 pun. Beg pagi, kasut sekolah, botol air, baju sekolah pagi, seluar pagi, tie, spender, kain sekolah, tudung, skaf, tudung. Okeh, semua dah ada, baru jalan. Let's go! Opssssss, mak, benti2!! ada barang tinggal pulak. Patah balik KAFA jap. Owhhhh...anak..

5.30pm : dapur, masak apa yang patut. Kalau aku rajin hari tu, aku masak. Kalau tak rajin, mmg aku terbaring depan tv. Sebut masak, mmg nampak simple, tapi dari mula masak sampai ke siap masak, mesti 1 jam. tu estimate la..
Anak2, sebelum dorang main, aku dah kerah kuarkan baju2 kotor dari beg, mana yang gantung, gantungkan. Mana yang terus kena buang dalam bakul, buang...Ada hari, dorang rajin tanpa disuruh. Tapi selalunya, mmg aku kena ingatkan. Bayangkan, hari2 kena cakap benda yang sama. Ko tak jemu ke??? Tapi dah itu tanggungjawab..
Lepas pada tu, aku lepaskan dorang main kat dalam rumah, luar rumah, main beskal kat bawah. Cukup time, kul 7.oopm mesti balik. Tak balik, memang aku jadi tarzan...

Maghrib time............................

8.00pm: Makan, lepas makan ayah n anak2 tengok buku sekolah. Aku, cuba korang teka aku kat mana?
ye!! Masuk kain dalam mesin, dah siap terus sidai. Sementara tu, aku lipat2 baju sekolah KAFA dorang dalam beg. Make sure jangan ada 1 barang yang tinggal. Aku jugak yang tak senang duduk nanti bila barang tak cukup pakai kat KAFA . Lepas beg petang siap, beg pagi lak aku check. Pensil, pemadam, pembaris, gunting, gam dll segala alatan belajar sume ada. Belum campur yang dorang tiba2 je order.
'Mak, cikgu mintak bawak benda ni, benda tu, untuk tu, untuk ni'. Pada aku, dorang bgtau malam ok lagi pada bgtau belah pagi time kengkabut nak g sekolah tu.

Okeh, kerja sekolah anak dah siap. Anak, g susun buku utk esok skrg jugak, keluarkan 1 set baju sekolah siap ngan benda2 kecik tu la (baju dah siap tergantung, ayah yang iron. Dorang tinggal cari je baju masing2). sume dah cantik tersusun, baru puas rasa hati.

9.00pm: anak2 tengok tv, ayah pulak basuh pinggan..
9.30-9.45pm: kerah anak2 masuk bilik air, buat apa yang patut sebelum tido. Uiiii...part yg ni liat sangat...tarzan lagi....

Lepas solat isyak, baru sume anak masuk tido...mak tak tido lagi ni....

hmmm....ada lagi tak ek yang belum buat?

uhhhh...fizikal n mental penat.

ni la rutin aku hari2 dari pagi sampai malam.

Tapi......................
walau penat, aku puas hati. Masa dorang ada depan mata ni la aku nak buat semua untuk dorang, ajar dorang. Nanti bila dorang sume dah besar2, dah sekolah menengah, masuk U (aminnnn...), dah jauh pada mak ayah. Kalau boleh, taknak sesaat pun rugi masa dgn dorang skang ni..

Kepada En Ayah anak2;

terima kasih banyak2 sebab slalu tolong kerja2 kat rumah. Esp iron baju sekolah anak2 untuk seminggu. bertimbun! Kalau nak dikira helai, ayah kena iron baju hujung minggu sebanyak 42 helai. belum campur ngan baju keje dia sendiri untuk seminggu. Total sume ayah iron baju sebanyak 50++ baju seminggu. kalau boleh aku pun nak bagi baju2 aku dia iron sekali. Heehehehhe...
Selain tu, basuh pinggan, lipat kain baju, basuh ikan, ayam, daging, sotong, udang dll lah. Ni sume keje rumah yang dia bantu.
Terima kasih Ayah!


Last sekali, adakah aku betul2 bersedia untuk kemunculan amir/ apis/ saffa junior?????
uwaaaaaaaaa.....


2 comments:

  1. hebat! hebat!..

    ReplyDelete
  2. seri: tang mana yang hebat? tulisan pun dah campur2. tak reti aku nak edit. gasak la situ, janji apa yg aku nak citer tu sampai...hakhakhak

    ReplyDelete